25 January 2012

Suka dan Duka


Kembali menjenguk blog..
Baru pulang dari bercuti..
macam bercuti ke oversea bunyi nye kan?
tak usah mimpi la nak ke oversea..dalam negara pun tak habis jelajah lagi..
OK..aku baru pulang dari Langkawi..
first time ke sana ketika berumur 11 tahun dan sekarang dah doploh sembilan tahun..
lama bukan?
Time bercuti sakan aku adalah sangat-sangat gembira..
lupa segala masalah yang melanda..
tapi bila aku pulang je dari bercuti..
aku dikhabarkan dengan berita duka..
dah ditakdirkan macam tu, aku redha..
nantilah aku cerita pasal cuti-cuti Malaysia aku tu..
sedikit masa lagi..
mahu tenangkan hati dulu..
kalau hati tak tenang semua keje tak boleh nak buat..
**************************************************


"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

0 Comments:

 

blogger templates