26 January 2012

LANGKAWI - Dari Terengganu ke Perlis


Seperti yang dijanjikan, aku nak cite pasal cuti-cuti Malaysia time cuti CNY lepas..
Kitaorang memulakan perjalanan di malam hari dengan harapan nak naik feri di pagi esoknya..
Berjanji bertemu di Jertih..sebab kami dari Besut dan yang 2 family lagi dari Paka and Kuala Terengganu..

Perjalanan menuju ke Kuala Perlis akan melalui Grik..
Ya..kami meredah jalan Grik yang macam ular kena palu pada pukul 12 tghmalam hingga 2 pagi.
hurmm...ada orang tak bagi lalu jalan Grik malam-malam sebab takut jumpa ngan gajah..
Tapi aku suka perjalanan malam sebab sejuk walaupun asik nak terkencing ajer..hehe
Malam tu kabus takde la tebal sangat..kenderaan lain pun banyak la jugak.
Takde la rasa takut sangat..dah la malam jumaat kiri kanan penuh hutan..

Sampai kat Kuala Perlis sekitar kul 9 pagi sebab berhenti mandi dan solat subuh kat masjid mana entah..tak pasti pulak aku..tapi area kedah la..OK.aku tayang gambar je la..

Kuala Perlis -5km lagi
Time ni berenti beli kuih kat makcik yang jual tepi jalan tu..
murah kuih kat sini..

Terminal Kuala Perlis
~ramainya nak ke Langkawi..cuti-cuti Malaysia

Menunggu dgn penuh sabar...
Dalam hati, lambatnya sampai Langkawi..letih dan mengantuk yang amat dh ni
huarghhhh!


inilah kami...

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

0 Comments:

 

blogger templates