31 December 2011

Tata 2011...mmmuuuaaccchhhhh


TIK..TOK..TIK..TOK...TINGGGGGGGGG
sudah pukul duabelas tengahmalam buta
ops!!lagi dua jam nak pukul duabelas tengahmalam
Rasa macam tak sabar je nak habiskan tahun 2011
Nak lupakan segala kesedihan, kesakitan, kedukaan, kelukaan dan kepahitan
Wahhhhh..banyak nyer..
Eh,apa korang punya azam?
kan setiap kali masuk tahun baru mesti sorang-sorang sematkan azam.
Aku?
Aku seperti biasa la ambik azam tahun lepas
sebab yang tahun lepas dan lepas dan lepas tak tertunai pun..kikikiki
Sempena kedatangan tahun baru, aku taknak war-warkan apa azam aku
cukup la aku sematkan di hatiku apa yang aku azamkan.
Hanya hatiku je yang tahu..hehe
OK, dengan ini saya ingin mengucapkan selamat tinggal 2011, tahun penuh kedukaan
Dan selamat datang 2012, semoga memberi sinar baru kepada saya
Tata 2011..mmmuuaacchhhhhh

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

Ombak Rindu


~Ombak Rindu~

Antara Novel ngan Movie
Mana paling best??

Bagi aku, Novel paling best..
Bila menghayati cerita dalam novel
ia mampu membuatkan aku menitiskan air mata
punya la feeling
Habis baca novel Ombak Rindu, sambung pulak novel Cinta Tiada Akhirnya

Tapi bila aku tengok movie ~ kat Youtube..hehe
sikit pun tak berjaya buat aku menitiskan air mata
ini cerita betul, bukan tipu OK
Kenapa sampai begini jadinya
Adakah sebab bukan aku pelakonnya???
eh,terperasan pulak..hakktuihh
Maybe aku terlebih baca novel kot
bila tengok movie macam takde perasaan pulak
itu aku
korang macam mana pulak??
apa-apa pun sound track Ombak Rindu sangat best
ia mampu menggetarkan jiwaku..heh

Novel Ombak Rindu
beli pada tahun 2002
Punya la kuat 'study'
hancuss..


**************************************
-Lara Lagi -

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

24 December 2011

Sabar Menanti.....2.2.2012



Dah lama rasanya aku tak post 'berita terkini hiburan sensasi' kat fesbuk
kalau orang tanya nape tak de update kat fesbuk??
jawapan aku senang je, aku takde perasaan..
ok, kelmarin aku cuba buat ade perasaan pulak
aku postkan berita terkini

'menunggu tarikh 2.2.2012..lambat nyoo'

kwn lama aku komen:

'alhamdulillah...NASI MINYAK FREE...huhuhu'


Tapi sebenarnya itu bukan tarikh makan NASI MINYAK FREE
itu TARIKH PEMBATALAN SERVIS nombor maxis aku..
aku memang menunggu tarikh tu sebab aku nak top-up time tu jugak.
Jangan ada yang marah-marah kat aku pulak sebab buat suspen
aku tak de nak buat sesuatu yang menampakkan ianya suspen
tapi kalau korang fikir ianya menampakkan suspen, terpulang la

kalau betul korang nak makan nasi minyak free,
aku akan buatkan..serius, kalau itu permintaan kawan-kawan ku sayang
nasi minyak ayam masak merah..bukan nasi minyak pengantin..huhuhu

OK, berbalik pada cerita asal,
sebenarnya minggu lepas aku dah hampir-hampir nak topup
tak banyak pun soploh ringgit ajer..
semuanya gara-gara line tepon rumah tak berapa sihat
seingat aku, bermula bulan 11 sampai la ni, adalah dalam 5-6 kali wat hal
tapi belum aku sempat wat report kat TM, line dah OK semula
maybe kat tempat sana kot ada problem..
yang membuatkan aku hampir nak topup sebab kakak aku call banyak kali line tetap sibuk
pastu dia call tepon aku, happy dan maxis, aku pulak tak jawab
aku bukan sengaja tak jawab, aku tengah sapu sampah dan tepon duk dalam bilik
aku tak dengar dan tak perasan ada call masuk..
lepas tu kakak aku call jiran sebelah umah suh pesan kat aku suh call semula dia dengan cepat.
Aku kan dah lama tak topup, so terpaksa la jugak kasi duit kat anak sedara suh pi beli topup
belum sempat aku topup, kakak aku call semula
cehh!!bengang..lebur duit aku..
nape la tak call sebelum aku g beli topup..
aku malas nak topup kalau tak guna..

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

23 December 2011

corat coret 2011



Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya..
seminggu je lagi kan..
apa cerita menarik korang bagi tahun 2011?
mesti menarik tertarik kau memang dabooom kan??
cerita duka ada tak??
mesti sedih lagi pedih kan?

Bagi aku, tahun 2011 mengulangi cerita tahun 2009
ya, tahun 2009 aku punya cerita sedih
cerita tentang aku dan seseorang
itu episod duka untuk diri aku sendiri
berbeza tahun 2011, episod duka kami sekeluarga
bermula awal tahun, kami dah kehilangan saudara terdekat..
mak sedara aku merangkap adik perempuan tunggal ayah aku pergi mengadap Ilahi..
pemergian yang begitu mengejut
dan pada 24 Mei 2011, abang kandung aku pula pergi mengadap Ilahi kerana sakit.
Kami redha dengan pemergian insan-insan tersayang..
Setiap yang hidup pasti akan mati..

Cerita menarik untuk tahun 2011 bagi aku takde la menarik sangat
nak kata aku disunting orang, belum lagi..hehe
Baru-baru ini kawan aku ada tanya apa planning utk tahun depan kat grup FB
aku jawab, aku nak menamatkan zaman bujang..hehehe
aku tak tipu, aku memang planning nak menamatkan zaman bujang
tapi kalau tak kawin jugak aku tahun depan, nak buat macam mana
kita hanya merancang..
oleh itu, sila la faham sendiri
jangan ada yang nangis-nangis hentak kaki nak marahkan aku sebab kata aku tipu..haha
aku suka sangat bila aku sebut nak kawin,
ada yang dah rancang nak wat reunion time aku kawin
hadoii..sabo je la ngan diorang nih
sekali lagi aku cakap, kan tiba masanya..sabar dan sabar ok..
tapi kan macam tak best pulak nak wat reunion time aku kawin
kang aku tak layan korang, korang kecik ati pulak
nangis guling-guling sebab kecik hati tak layan korang.
tak pun buat demontrasi bawak sepanduk depan umah aku
sebab aku terlebih memberi layanan pada 'raja di hatiku'..hehehe
seperti mana yang kawan aku cakap, mesti aku nak layan orang baru..
takut tak terlayan kawan aje..kikiki
apa-apa pun doakan yang terbaik buat aku
mana tahu kot-kot aku memang kawin tahun depan..hehe
sila la tunggu kad dari aku..ceeewaaaaaaah..berangan je lebih..kuikuikui

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

21 December 2011

Harum semerbak di malam hari..apakah???



Semalam, sekitar 1.30 pagi gitu
aku sedang solat isyak..
tetiba aku terhidu bauan yang wangi dan juga aroma minyak atar
dekat dan semakin dekat dengan ku
usai solat, aku ke ruang tamu dan dapur
cuba intai..aku berlagak berani
sedangkan badan aku dah menggeletar semacam
nak bagitau mak aku cam malas pulak
lagipun mak aku dah tido
rasa takut tetap ada
tapi aku diamkan aje
aku dah mengantuk tapi mata tak boleh nak lelap
aku masih fikirkan tentang bauan tersebut
siapa yang datang memalam ni??
alahai...


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

20 December 2011

Kena ganggu lagi



semalam, sekitar pukul 1 pagi
sunyi dan sepi..
tetiba aku tersedar dari tido pabila diganggu oleh sesuatu
aku pun tak tau aku sedang bermimpi ke memang betul-betul berlaku
aku dengar macam kucing duk cakar dinding bilik aku
aku terus bangun dan bukak tingkap
tapi takde apa-apa pun di situ
usahkan di luar rumah, dalam umah pun takde seekor pun kucing
dah tu sapa pulak yang duk gedik-gedik gi cakar dinding bilik aku..
aku buat tak tau jer..
malas nak layan sangat..lagipun takde pulak rasa seriau
mak aku cakap kucing la tuh..
aku terima kata-kata mak aku
kalau betul kucing, aku tak kisah
tapi kalau menda lain, alahai....takut rasanya


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

18 December 2011

Si Putih



Petang tadi punya cerita..
lepas merajinkan diri lipat kain baju
aku mau baring sebab pinggang aku dah sakit-sakit dan kepala pun asik pening
demam punya pasal..siap berpakej lagi..demam batuk selsema
tengah duk baring dan hampir terlelap,
aku terdengar suara kucing yang memang aku tak syak lagi, si putih berbulu lebat
Tak de keje lain kucing ni, asik nak masuk lam rumah jer..
Aku terus bangun dari katil dengan kepala yang masih pening lalat
terus bukak pintu bilik dan cari di mana kucing tu berada
Tengok-tengok takde seekor pun kucing dalam umah
yang ada kucing dalam tv..
hampeh betul la..aku ingatkan si putih berbulu lebat tu masuk dalam umah.
Aku memang anti ngan si putih tuh..
ada ke patut tiap kali masuk ke umah suka suki je nak kencing kat mana-mana
perangai tak senonoh betul..
hari tu duk kencing kat langsir sliding door..
bukan sekali duk kencing situ, tapi 4 kali
sengaja nak kasi aku rajin basuh langsir..geram betul la.
Kadang-kadang aku rasa nak sunatkan aje si putih tu..
mak aku cakap kucing tengah mengawan memang macam tu
eh, ye ker??
tapi kan kalau ye pun tengah mengawan jangan la duk kencing dalam umah.
apa la si putih ni..benci tau


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

17 December 2011

Tentang Dia



Aku selalu memikirkan tentang seseorang yang selalu berada di hatiku walaupun jasadnya berada jauh dari mataku
Setiap saat aku sentiasa memikirkan tentang dia
Dan kadang-kadang aku takut untuk menghadapi satu kenyataan yang akan membuatkan aku akan membenci dirinya
Aku takut dan terlalu takut
Takut terluka lagi


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

12 December 2011

Selamat Tinggal Sayang...Moga Engkau Bahagia


Lepaskanmu Kerana Terpaksa -Ukays

Tak Dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya

Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai

Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan

Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan

Oh pilunya

Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu

Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia


******************************************

wuwuwuwuwu...bergenang air mata
tapi bukan air mataku..hiks

Berkata kepada diri sendiri~
"Barang yang lepas jangan dikenang,kalau dikenang merana lah diri"

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

10 December 2011

Geli Tekak Aku..uwweekkkk


Petang jumaat kelmarin punya cerita..
aku merajinkan diri pergi ke rumah yang adik aku nak sewa..
tujuannya nak pegi basuh dulu rumah tu..
Sampai aje kat rumah sewa tu, adik aku call aunty tuan punya rumah sewa tu nk mintak kunci..
dan bila aunty sampai, aunty bagitau ada sebuah lagi rumah yang kosong.
bebudak yang sewa kat situ baru je keluar..
Bila aunty tu cakap bebudak tu baru je keluar, aku dah bayangkan mesti bersih rumah tu
sebab aku fikir sebelum diorang blah mesti diorang bersihkan sawang-sawang,sampah pun takde, bilik air dan tandas pun ok..
Bila aku masuk je..tengok-tengok semuanya tak sama dengan apa yang aku sangkakan sebelum nih
aunty cakap rumah tuh diorang baru cat dalam 2 3 hari ni..ok la kan nampak baru sikit.
ruang tamu ada la habuk-habuk sikit, bilik pun sama..dapur nampak macam bersih lagi..cuma lantai je la yang nampak kotor..itu takpe sebab kitaorang datang memang nak basuh.
tapi yang tak bleh tahan tang tandas..
MasyaAllah..punya la pengotor tak hengat..geli tekak aku tengok tandas macam tu..
rugi pulak aku tak snap gambar dulu..
punya la kotor yang amat..sampaikan aku berus pun nampak lagi kotor tuh..
aku rasa la sepanjang budak tu duduk situ tandas tu diorang tak pernah basuh..
tak geli tekak ker diorang nih..
aku tengok sampai muntah..geli tekak aku..
aunty pun komen jugak pasal bebudak nih..
aunty cakap diorang ni pemalas..
aku pun rasa macam tu jugak..
heran aku, boleh pulak bebudak tu duduk situ dalam keadaan kotor
kalau lelaki, takde la aku heran sangat tapi ni perempuan..
pengotor
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

09 December 2011

hot la sangat


kerana n3 tersebut [Klik Sini]
Adeh..

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

08 December 2011

Reunion...bila nak buat plok nihhhhh


Bila masuk je bulan 12..aku rasa terlebih rindu je kat kengkawan skolah dulu.
bukan bulan lain aku tak rindu,
tapi bulan 12 tahun lepas la kitaorang berjumpa buat pertama kalinya selepas 10 tahun tak jumpa.
itu la reunion pertama..tapi tak cukup korum..
Aku ingat tahun ni nak jumpa pulak..tapi ada yang mintak buat tahun depan pulak
Aku tak kisah la..janji jumpa.
Dan jangan la buat jauh-jauh sangat.
Kesian kat aku pulak sebab tak leh join..huhu..
so kengkawan yg kurindui, sekarang dah boleh discuss pasal reunion
yang penting sekarang bukan aku yang handle..wakaka

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

07 December 2011

Emo


Aku baru perasan belum ada 1 pun entry untuk bulan ini..
bukan lupa cuma tak ada apa yang aku nak post..
Sebenarnya aku tengah emo nih
rasa nak marah-marah je kat orang-orang yang pernah aku bagi tabik spring
sebab diorang bukan orang yang sombong dan senang berkawan.
tapi itu dulu la..sekarang dah lain.
diorang bertukar menjadi orang yang sombong dan memilih kawan.
kawan-kawannya perlu la mempunyai ciri-ciri yang senang nak di ajak berjalan ke mana-mana.
ini entah kali ke berapa dah aku rasa nak marah..
nak sembur-sembur jer depan orang itu.
tapi bila aku fikir orang itu adalah lebih tua dari aku..
tak jadi aku nak sembur.
aku masih hormat pada yang lebih tua..
walaupun ade sorang lagi tu lebih muda dari aku.

Lagi satu korang rasa bengang tak bila kita buat kerja sama-sama
tapi sampai satu masa diorang tak hargai pun apa yang kita buat..
tapi diorang main kutuk-mengutuk dibelakang.
ok..tutup cerita pasal itu..

Oh ya, kelmarin punya cerita..
aku diminta tolong buatkan buku program lagi..
tapi aku tolak mentah-mentah dengan alasan cukup la 2 kali aku buat..
dan aku takmo buat lagi..kalau aku buat apa yang aku dapat???
kejam bukan...hahahha..
tapi aku puas hati..sebab orang lain tak pernah tahu betapa terlukanya hati aku
setiap kali aku buat kerja yang orang tak pernah hargai..
ok tata

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
 

blogger templates