23 December 2011

corat coret 2011



Tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya..
seminggu je lagi kan..
apa cerita menarik korang bagi tahun 2011?
mesti menarik tertarik kau memang dabooom kan??
cerita duka ada tak??
mesti sedih lagi pedih kan?

Bagi aku, tahun 2011 mengulangi cerita tahun 2009
ya, tahun 2009 aku punya cerita sedih
cerita tentang aku dan seseorang
itu episod duka untuk diri aku sendiri
berbeza tahun 2011, episod duka kami sekeluarga
bermula awal tahun, kami dah kehilangan saudara terdekat..
mak sedara aku merangkap adik perempuan tunggal ayah aku pergi mengadap Ilahi..
pemergian yang begitu mengejut
dan pada 24 Mei 2011, abang kandung aku pula pergi mengadap Ilahi kerana sakit.
Kami redha dengan pemergian insan-insan tersayang..
Setiap yang hidup pasti akan mati..

Cerita menarik untuk tahun 2011 bagi aku takde la menarik sangat
nak kata aku disunting orang, belum lagi..hehe
Baru-baru ini kawan aku ada tanya apa planning utk tahun depan kat grup FB
aku jawab, aku nak menamatkan zaman bujang..hehehe
aku tak tipu, aku memang planning nak menamatkan zaman bujang
tapi kalau tak kawin jugak aku tahun depan, nak buat macam mana
kita hanya merancang..
oleh itu, sila la faham sendiri
jangan ada yang nangis-nangis hentak kaki nak marahkan aku sebab kata aku tipu..haha
aku suka sangat bila aku sebut nak kawin,
ada yang dah rancang nak wat reunion time aku kawin
hadoii..sabo je la ngan diorang nih
sekali lagi aku cakap, kan tiba masanya..sabar dan sabar ok..
tapi kan macam tak best pulak nak wat reunion time aku kawin
kang aku tak layan korang, korang kecik ati pulak
nangis guling-guling sebab kecik hati tak layan korang.
tak pun buat demontrasi bawak sepanduk depan umah aku
sebab aku terlebih memberi layanan pada 'raja di hatiku'..hehehe
seperti mana yang kawan aku cakap, mesti aku nak layan orang baru..
takut tak terlayan kawan aje..kikiki
apa-apa pun doakan yang terbaik buat aku
mana tahu kot-kot aku memang kawin tahun depan..hehe
sila la tunggu kad dari aku..ceeewaaaaaaah..berangan je lebih..kuikuikui

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna

0 Comments:

 

blogger templates